Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


NUR RAMADAN PERINGKAT PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK 🌟

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah hadir ke Program Nur Ramadan Peringkat Bandar Tun Razak, program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk meringankan beban golongan sasar dalam menyambut Ramadan.
DBKL telah memberi sumbangan sejumlah RM53,400.00 dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang merupakan rakan strategik bagi program ini juga telah menyalurkan peruntukan wang zakat sebanyak RM 60,000.00 untuk disampaikan kepada mereka yang layak.
Turut hadir, YB Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menyampaikan sumbangan Nur Ramadan kepada seramai 478 orang penerima yang kurang berkemampuan.
Semoga dengan sumbangan ini serba sedikit dapat meringkan beban mereka dalam menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
Tag Artikel
  • Tiada tag artikel