Utama »
Galeri Foto 2024
» MELANGKAH DARI WASTE TO WEALTH, KEMPEN KITAR SEMULA MINYAK MASAK BAZAR RAMADAN KL
MELANGKAH DARI WASTE TO WEALTH, KEMPEN KITAR SEMULA MINYAK MASAK BAZAR RAMADAN KL
16 Mac 2024
YB Dr. Zaliha Mustafa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyasarkan program Waste to Wealth dilaksanakan di Wilayah Persekutuan di bawah salah satu visi utama Wilayah Persekutuan sebagai Eco-friendly City melalui Majlis Aspirasi pada 22 Februari 2024 yang lalu.
Hari ini, YB Menteri telah melancarkan Kempen Kitar Semula Minyak Terpakai Bazar Ramadan KL di Temu DBKL.
Inisiatif ini adalah untuk mengurangkan 'carbon emission'. Ini juga akan membantu peniaga-peniaga untuk tidak membuang lebihan minyak malah boleh dikumpulkan dan dijual semula dengan pulangan RM 2.70 bagi setiap kilogram.