Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


NUR RAMADAN WP PUTRAJAYA 🌟

YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyantuni dan menyerahkan sumbangan kepada 300 Asnaf dalam Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan peringkat WP Putrajaya. Dalam majlis yang sama YB Menteri juga turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM4,000.00 kepada Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menambahkan peruntukan penyediaan makanan berbuka puasa jemaah masjid.
Dalam mengimarahkan lagi majlis pada hari ini, Jabatan Wilayah Persekutuan telah menyumbangkan RM100,000.00 untuk penyediaan juadah berbuka puasa dan moreh kepada para asnaf. Pihak Perbadanan Putrajaya juga menambah sumbangan Pek Asas Bakul makanan bernilai RM50.00 seperti Beras, Minyak, Gula dan Tepung bagi penerima sumbangan Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan peringkat WP Putrajaya.
Semoga pelaksanaan Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban perbelanjaan golongan sasar dan mereka yang kurang berkemampuan di Wilayah Persekutuan semasa bulan Ramadan dan Syawal.