Utama »
Galeri Foto 2024
» ONDE-ONDE AIR TANGAN DR. Z
ONDE-ONDE AIR TANGAN DR. Z
13 Mac 2024
Nampak sedap! YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) turut "berniaga" di Program Amal Bazar Ramadan bersama Malaysia Hari Ini (MHI) TV3.
Macam-macam jualan aneka kuih-muih dan juadah berbuka puasa ada di Persint 3, Putrajaya. Beli-beli tu bawak gak beg guna semula untuk isi makanan yang dibeli. Kurang lah guna beg plastik, dapat lah kita sama-sama jaga alam sekitar
Selepas itu, YB Menteri juga sempat beramah mesra bersama yang hadir di Dataran Putrajaya untuk berbuka puasa.