Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


TAMAN REKREASI 99 WONDERLAND PARK BERUPAYA UNTUK MENDORONG PELANCONGAN DOMESTIK

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkesempatan untuk ke Taman Rekreasi 99 Wonderland Park yang berkeluasan 23 ekar dengan pelbagai tarikan yang menarik. Taman ini mengamalkan konsep terbuka di mana pengunjung dapat dekati burung dan haiwan eksotik yang dijaga rapi.
Taman ini juga merupakan taman rekreasi pertama di Kuala Lumpur yang menampilkan persembahan LED Musical Dancing Fountain dengan Animasi 3D. Antara tarikan lain adalah seperti 99 Kids Games, 99 Dinasour Park, 99 Ferris Wheel, 99 Cruise dan macam-macam lagi.
Taman Rekreasi ini turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi 2 kategori, iaitu, 'Biggest Musical Water Fountain' dan 'Biggest Water Fountain with Projection Mapping' dan berupaya untuk dijadikan tumpuan pelancongan domestik ini khususnya di Kuala Lumpur.
YB Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sempena bulan Ramadan.