Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


SANTUNI 154 KETUA ISI RUMAH MISKIN TEGAR PARLIMEN KEPONG DAN TITIWANGSA

Program Sesi Libat Urus Menyantuni Ketua Isi Rumah Miskin Tegar di Parlimen Kepong dan Parlimen Titiwangsa telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Binti Abdullah, Setiausaha Politik YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hari ini. SLU ini turut dihadiri oleh YB Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong, YBrs. Tuan Mohd Nor, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, YBhg. Dato’ Thomas@Parang Abai, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP, YBrs. Tuan Jamaruslam Abdullah, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan, pegawai dari agensi pemberi bantuan dan rakan strategik.
Sesi Libat Urus (SLU) ini menyokong inisiatif menoktahkan kemiskinan tegar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan dianjurkan berdasarkan format dan pendekatan inklusif yang telah dipersetujui bersama agensi pemberi bantuan dan rakan strategik.
SLU ini adalah inisiatif dibawah Ihsan @PUJI dan telah ditambahbaik berasaskan Kerangka Program Usaha Jaya Insan (PUJI).