Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


AGAR TERCIPTA MEMORI INDAH DI RUMAH BAITI JANNATI

YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah membuat penyerahan kunci rumah kepada 17 keluarga miskin/asnaf hari ini di dalam Majlis Penyerahan Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan Tahun 2024 bertempat di PPR Kerinchi.
Alhamdulillah, sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2016, seramai 347 keluarga miskin/asnaf di Wilayah Persekutuan telah mendapat manfaat pemilikan rumah sendiri.
Terima kasih TNB kerana telah memperuntukkan wang zakat sebanyak RM 700,000.00 dan RM150,000.00 di bawah program CSR bagi membiayai 17 unit rumah pada tahun ini. JWP turut memperuntukkan sejumlah RM 25,500.00 untuk bantuan keperluan harian dan barangan elektrik.
Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah komponen Lindung @ PUJI.
Turut hadir, YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, YBhg. Dato’ Abdul Razak Abdul Majid, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Yang Bhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP dan YBrs. Tuan Ismadi Sakirin, Pengarah Eksekutif (SE) DBKL, pegawai-pegawai kanan JWP, DBKL dan TNB.