Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


RESIDENSI WILAYAH SKY AWANI 5 TERIMA PENGIKTIRAFAN 5 BINTANG ๐ŸŒŸ

YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah masuk dan lihat sendiri ke salah satu rumah pemilik Residensi Wilayah tersebut berkeluasan 800 kaki persegi dan dibeli dengan harga mampu milik iaitu RM 300,000.00 sahaja.
Residensi Wilayah SkyAwani 5 ini, ada 26 kemudahan disediakan untuk pemilik unit termasuk gimnasium, padang rumput, tree house, padang bola keranjang, laluan jogging, dewan serbaguna, bilik permainan, ruang kerja bersama, sky lounge, dan sky garden. Lebih menarik lagi, Sky Awani 5 juga melakar sejarah bagi perumahan mampu milik pertama yang menyediakan stesen pengecas EV untuk kemudahan penghuninya.
Ini membolehkan Residensi Wilayah SkyAwani 5 ini menerima skor QLASSIC yang tertinggi untuk kategori rumah mampu milik dan diberi pengiktarafan 5 bintang untuk SHASSIC.
Projek Residensi Wilayah ini juga merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah payung kluster Program Usaha Jaya Insan (PUJI), iaitu Lindung @ PUJI yang baru-baru diluncurkan oleh YB Menteri selaras usaha Pelan Tindakan Hala Tuju Wilayah Persekutuan.
Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Ng Thien Phing, Pengerusi Eksekutif SkyWorld Group, YB Tuan Prabakaran a/l Parameswaran, Ahli Parlimen Batu, YBhg. Datoโ€™ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP, YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL serta YBrs. Encik Lee Cheng Seng, Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld Group, Pengurusan Kanan JWP dan DBKL.