Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


"PAKCIK JOM PAKCIK"

YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan turun padang bagi Operasi Bersepadu Menyelamatkan Gelandangan di WP Kuala Lumpur malam tadi.
Operasi ini dijalankan susulan daripada bancian gelandangan yang telah dibuat pada 14 Februari 2024 yang lepas.
YB Menteri menyeru agar semua pihak khususnya NGO untuk menyalurkan sumbangan atau makanan pada bulan Ramadhan di 3 lokasi ini sahaja yang telah ditetapkan oleh pihak DBKL iaitu di Anjung Kembara, Pusat Khidmat Gelandangan (PKG) Medan Tuanku serta Pusat Pembelajaran Komuniti (PPK) Chow Kit.
Turut hadir, YBhg. Dato' Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP, YBrs. Tuan Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PP) JWP dan pegawai-pegawai DBKL.