Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


WAJAH BARU SEMANGAT BARU

YB Dr Zaliha Mustafa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Sr Hj. Kamarulzaman Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah merasmikan pelancaran pelekat korporat MySchoolBus @Wilayah pada hari ini di Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

MySchoolBus @Wilayah ini memberikan perkhidmatan pengangkutan secara percuma kepada anak-anak agar mereka dapat meneruskan pengajian dan pembelajaran mereka di sekolah.

Pelekat korporat yang baharu ini menampilkan konsep yang lebih elegen, berjiwa rakyat dan melengkapkan hasrat Kerajaan ke arah pembentukan Malaysia MADANI.

Program MySchoolBus @ Wilayah ini telah dipadankan dengan salah satu daripada inisiatif dalam Program Usaha Jaya Insan (PUJI), iaitu Ihsan @PUJI.

#WilayahPersekutuanKita #50TahunWP #MalaysiaMADANI

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel