Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


BANTUAN MADANI KEPADA BADAN SUKAN TIGA WP

Pada tahun ini, Jabatan Wilayah Persekutuan meluluskan sejumlah RM352,000.00 kepada 109 badan sukan untuk ketiga-tiga Wilayah Persekutuan sebagai salah satu inisiatif Program Usaha Jaya Insan (PUJI) di bawah kluster Sihat@PUJI.

Baru-baru ini, JWP telah menyerahkan bantuan tersebut kepada 25 badan sukan di Labuan berjumlah RM 70,000.00.

Pada hari ini YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyerahkan baki peruntukan sebanyak RM282,000.00 lagi kepada 86 badan sukan merangkumi 48 badan sukan di Kuala Lumpur dan 38 badan sukan di Putrajaya.

YB Menteri juga sempat menyerahkan watikah pelantikan kepada 47 pengurus pasukan yang akan ke SUKMA di Sarawak pada Ogos nanti dalam majlis yang sama.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP dan YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin Nik Saleh, Pengarah MSWP.

#DrZ

#WilayahPersekutuanKita

#MalaysiaMADANI

#50WP