Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


TUAIAN 'KEEMASAN' 🍈

Alhamdulillah, seronoknya kan kalau tanaman yang dibelai dijaga sekian lama mengeluarkan hasil yang banyak, sedap, manis dan sekali ngap eh panjang pulak tangan menyuap lagi potongan lain.


Petang semalam, YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) sempat meluangkan masa untuk menuai tanaman 'rock melon' di Kebun Komuniti 3, Putrajaya bersama-sama YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBhg. Dato' TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya.


Seronok sungguh melihat komuniti pertanian bandar Putrajaya ini yang sangat erat silaturrahimnya antara satu sama lain iaitu dari KK1, KK3, KK4, Kebun Fasa 4C, Kebun P16 dan Kebun P11K yang sama-sama turun membantu petang semalam bersama pegawai-pegawai dari PPj, Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia , MARDI yang sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar.

#DrZ #WilayahPersekutuanKita #50TahunWP #MalaysiaMADANI