Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


Teaterikal Gemuruh Wilayahku: Satu Semangat, Satu Matlamat

YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir menyaksikan Teater bersempena 50 Tahun Wilayah Persekutuan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur malam ini bersama warga bandaraya yang dari awal telah pun memenuhi panggung.

Teater ini mengupas kisah pada tahun 2006 apabila Kuala Lumpur dan Labuan disatukan buat pertama kalinya menjadi satu kontinjen Wilayah Persekutuan untuk SUKMA ke-6.

Kisah yang diceritakan melalui teater ini amat bertepatan dengan semangat #WilayahPersekutuanKita. Walaupun berbeza jarak geografinya, kita semua adalah satu, iaitu Wilayah Persekutuan.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Parang Abai@ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP, YBhg. Datuk Sr Hj Kamarulzaman Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya dan YBrs. Dr. Amir Raslan bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.