SEMPAT ‘MELELONG' JUALAN MYGROCER@WILAYAH
25 Februari 2024
YB
Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) tengahari tadi sempat singgah ke Showcase PUJI Jabatan Wilayah Persekutuan di Program MADANI Rakyat Kuala Selangor.
Dalam kesempatan yang ada, YB Menteri bantu melelong jualan Kombo RM5 MyGrocer@Wilayah yang sedang berlangsung tadi.
Hadir sama ke Showcase PUJI dan perasmian penutupan Program MADANI Rakyat petang tadi, YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP bersama isteri, YBrs. Tuan Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PP) JWP, YBhg. Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden PPj, YBrs. Tuan Muhamad bin Hamim, Pengarah Eksekutif (PP) DBKL dan YBrs. Tuan Shamshul Joehari bin Zainal Mokhtar, Naib Presiden (Perkhidmatan Korporat) PPj.