Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


LAWATAN YBRS. TIMBALAN KETUA PENGARAH JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KE TAPAK PROJEK LESTARI NIAGA@KUALA LUMPUR

Projek naik taraf dan penambahbaikan fasiliti pusat penjaja ini sebagai usaha pihak Kerajaan untuk meningkatkan taraf pusat penjaja di WP Kuala Lumpur. Usaha ini akan terus digembleng secara bersama oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur demi meningkatkan lagi kualiti fasiliti dan
kemudahan penjaja dan peniaga pelbagai bangsa di WP Kuala Lumpur. Lawatan kerja pada hari ini melibatkan 3 kawasan berikut:

1. Medan Selera Wangsa Maju Seksyen 10

Medan Selera Wangsa Maju Seksyen 10 ini merupakan projek transformasi
menaiktaraf pusat penjaja sedia ada kepada medan selera. Projek naiktaraf ini
melibatkan pembangunan semula lot-lot baharu kepada peniaga, penyediaan
kemudahan asas seperti tandas, surau, laluan berbumbung dan laluan Orang
kurang Upaya (OKU). Kerja-kerja naiktaraf masih dalam peringkat pembinaan dan
fasa 1 dijangka siap pada bulan April 2024.

2. Pusat Penjaja Metro Prima Kepong

Projek naik taraf yang dilaksanakan di Pusat Penjaja Metro Prima Kepong
melibatkan kerja-kerja naik taraf dan baik pulih 28 lot kedai. Pihak DBKL telahpun
menggantikan bumbung baharu, membuat penukaran lantai siling, lukisan mural dan
kerja-kerja mengecat bagi meningkatkan imej Pusat Penjaja Metro Prima Kepong.
Kerja-kerja naik taraf pusat penjaja ini telah disiapkan sepenuhnya.

3. Penjaja Jalan Sentul Pasar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kerja naik taraf ini melibatkan penggantian bumbung, pembinaan papan tanda,
laluan pejalan kaki, pengindahan dan penyeragaman fasad. Kerja-kerja naiktaraf
telah disiapkan pada bulan November 2023.
Dengan harapan usaha berterusan ini dapat meningkatkan imej dan kualiti penjaja
serta mampu menjadi satu tarikan baharu kepada pelancong dan pengunjung ke
pusat penjaja WP Kuala Lumpur.