Antara petikan dari Amanat yang disampaikan oleh YB Dr Zaliha Mustafa , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pagi tadi kepada seluruh warga Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi-agensi mendukung intipati yang jelas dan progresif.
Dalam majlis yang sama, YB Menteri turut melancarkan inisiatif Program Usaha Jaya Insan (PUJI) dan Putrajaya Low Carbon City Roadmaps. Inisiatif PUJI ini merupakan mekanisme JWP bersama agensi-agensi sahabat dan rakan-rakan strategik dalam menyelesaikan isu-isu sosio-ekonomi di Wilayah Persekutuan dengan pendekatan inklusif, whole of government, whole of society.
Turut hadir, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP, YBhg. Datuk Hj Kamarulzaman Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato' TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya dan YBrs. Tuan Haji Rithuan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan
Semoga amanat dan aspirasi yang disampaikan oleh YB Menteri seperti Budaya Kerja H.A.R.M.O.N.I - Hormat, Adil, Responsif, Mampan, Orientasi Rakyat, Nilai Empati dan Integriti menjadi budaya yang diterapkan oleh setiap warga kerja JWP dan Agensi mulai hari ini.