YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) diiringi YBhg. Datuk Sr Hj. Kamarulzaman Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg. Dato' TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini.
Beberapa perkara telah disembah maklum kepada Duli Tuanku antaranya terkait perkembangan terkini di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Duli Tuanku juga menyampaikan pesan untuk dijadikan pedoman dan tauladan dalam meningkatkan lagi perkhidmatan di Wilayah Persekutuan.
Menjunjung Kasih Tuanku.