YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengadakan perbincangan mendalam dengan pelbagai sahabat agensi dan kementerian semalam.
Lanjutan dari arahan YB Menteri pada 22 Januari 2024 yang lalu untuk mengembalikan matlamat asal Taman Tasik Titiwangsa sebagai pusat riadah keluarga, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama-sama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) akan melaksanakan penstrukturan dan pengawalseliaan semula aktiviti-aktiviti perniagaan di kawasan tersebut.
Melalui perbincangan semalam, beberapa keputusan telah disepakati dan akan menampakkan hasil tidak lama lagi. Notis-notis juga telah dikeluarkan kepada pemilik-pemilik perniagaan tidak berlesen untuk mengosongkan tapak tersebut dalam usaha penstrukturan ini dilaksanakan.
Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah YB Nik Nazmi, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga merupakan Ahli Parlimen Setiawangsa.
FOTO: Pejabat YB Dr. Zaliha Mustafa