Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


SAYU HATI MEMANDANG REMUK JIWA MENANGGUNG BEBAN

YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkesempatan untuk menziarahi mangsa kebakaran di Flat Sri Sabah, Cheras sebentar tadi.
Pada Ahad lalu, 5 unit rumah di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah telah terbakar. Seramai 16 orang mangsa dari 5 keluarga terkesan dalam kejadian ini.
YB Menteri menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak BOMBA, DBKL, PDRM, APM, JKM dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyelamat dan memindahkan mangsa kebakaran tersebut. Kesemua mangsa kini dipindahkan ke SK Seri Cheras yang merupakan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah diwartakan oleh JKM.
Bagi meringankan beban mangsa, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah menyelaraskan bantuan khas kepada semua keluarga yang terkesan. YB Menteri telah menyerahkan bantuan tunai berjumlah RM5,000.00 dari JWP dan RM1,000.00 dari DBKL. Selain itu, Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut menghulurkan sumbangan tunai berjumlah RM1,000.00 manakala Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM juga turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM300.00. Ini menjadikan sumbangan tunai yang diterima oleh Ketua Isi Rumah terkesan berjumlah RM7,300.00.
Pihak DBKL juga akan mengusahakan rumah transit kepada mangsa yang terlibat mulai 15 Februari 2024 selama 6 bulan, sekiranya mangsa adalah pemilik rumah dan selama 3 tahun sekiranya mangsa adalah penyewa. Semoga dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa yang terkesan dengan kejadian tersebut.
YB Menteri turut menerima taklimat daripada BOMBA berkenaan kejadian tersebut di tapak kejadian. Semoga keluarga mangsa yang terlibat terus tabah menghadapi dugaan ini.
Turut hadir adalah YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM, YB Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP dan YBhg. Datuk Sr Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur.