Utama »
Galeri Foto 2024
» KUNJUNG HORMAT JWP & AGENSI TERHADAP DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
KUNJUNG HORMAT JWP & AGENSI TERHADAP DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
09 Februari 2024
YB Dr Zaliha Mustafa , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) diiringi YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama delegasi JWP dan Agensi mengadakan kunjung hormat terhadap YAB Dato' Seri Amirudin Shaari, Dato' Menteri Besar Selangor petang semalam.
Perbincangan tertumpu kepada isu penyelesaian persempadanan antara Selangor dan Kuala Lumpur melibatkan 19 kawasan sempadan serta Selangor dan Putrajaya melibatkan 7 kawasan sempadan.
Perbincangan tersebut amat positif dan YB Menteri berbesar hati dengan keterbukaan YAB Menteri Besar berhubung penyelesaian perkara ini. Insya-Allah, pihak Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor komited untuk menyelesaikan isu persempadanan ini selewat-lewatnya pertengahan tahun 2025 nanti.