Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


"EH KENAPA DIA DAPAT, SAYA TAK DAPAT? SAYA PUN TERSEPIT DAN PERLUKAN BANTUAN."

Mengorak usaha kearah merungkai isu ini, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan melakukan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato' Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato' Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pagi ini.
Dalam sesi kunjungan hormat tersebut, JWP dan PERKESO membincangkan kerjasama sedia ada dan kolaborasi baharu bagi memperkukuh perlindungan dan keselamatan sosial warga Wilayah Persekutuan khususnya golongan rentan dan miskin bandar secara mampan.
Kolaborasi strategik ini didasari Kerangka Program Usaha Jaya Insan (PUJI) Wilayah Persekutuan yang berasaskan nilai-nilai Malaysia MADANI. Semoga kerjasama dan kolaborasi kukuh yang terjalin ini memberikan limpahan manfaat kepada warga Wilayah Persekutuan.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP serta pegawai-pegawai kanan JWP dan PERKESO.
Tag Artikel