DEKAT DENGAN RAKYAT, DARI DBKL UNTUK KOMUNITI
29 Januari 2024
YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Sr Hj Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur merasmikan pelancaran program Temu DBKL dan Teh Hijau Kuala Lumpur yang merupakan program “touch point” bersama komuniti hari ini di Stadium Kuala Lumpur.
Kedua-dua program yang dirangka ini akan dijalankan setiap bulan meliputi 11 kawasan parlimen di Kuala Lumpur. Program ini turut melibatkan kerjasama dengan beberapa rakan strategik seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan lain-lain agensi.
Turut hadir, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh menyaksikan pelancaran program tersebut. Semoga dengan penganjuran program ini, komuniti Kuala Lumpur lebih mudah menerima manfaat perkhidmatan yang ditawarkan DBKL dan agensi kerajaan secara terus.
FOTO: Pejabat YB Dr. Zaliha Mustafa
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#DrZ
#JWP
#MalaysiaMADANI