YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkesempatan untuk singgah ke Medan Selera Damai di Titiwangsa petang tadi. Tapak ini merupakan tapak niaga yang akan menempatkan peniaga ikan singgang yang sebelum ini berada di Kampong Bharu.
Dengan prasarana dan kemudahan yang lebih baik akan memberi keselesaan kepada pelanggan dan peniaga. YB Menteri sempat membuat kenyataan penukaran nama medan selera ini kepada ‘Medan Selera Singgang’ bagi memastikan identiti singgang itu dapat dikekalkan.