Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


JALAN PESISIR PANTAI DARI MEMBEDAI KE TANJUNG ARU DI LABUAN DIRASMIKAN UNTUK KEGUNAAN PENDUDUK LABUAN

YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan menandatangani dokumen penyerahan jalan kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) sambil disaksikan oleh YB Datuk Seri Hj. Ahmad bin Hj. Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya petang tadi.


Projek ini dibiayai di bawah peruntukan pembangunan Jabatan Wilayah Persekutuan dan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya. Skop projek melibatkan pembinaan jalan 2 lorong 2 hala sepanjang 4 km dan menaiktaraf jalan sedia ada sepanjang 1.1 km.


Pihak KKR akan mengambil tanggungjawab selepas ini untuk menyenggara jajaran jalan tersebut demi memastikan kebajikan dan keselamatan pengguna jalan raya terjamin. Semoga usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Madani ini akan terus memberi manfaat kepada penduduk Labuan untuk masa hadapan. 

Tag Artikel