YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Status Pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Di Wilayah Persekutuan melalui usahasama antara JWP, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Mesyuarat ini telah diadakan bagi menutup tirai kerjasama antara pihak JWP, MAIWP dan UPM dalam program pembasmian kemiskinan tegar di WP Kuala Lumpur dan Labuan bermula pada tahun 2022 hingga 2023.
Penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan telah diberikan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Nizam Osman, Pengarah Pusat Tranformasi Komuniti Universiti, UPM dan Encik Kamarunnizam bin Shahimi, Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Pembangunan Asnaf, MAIWP. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Perbadanan Labuan yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan usahasama ini.