YB Dr Zaliha Mustafa , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengambil kesempatan untuk meninjau keadaan di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa, Kolej Matrikulasi Labuan (KML) dan SM Sains Labuan (SMSL) semalam. YB Menteri sempat menyampaikan sumbangan 6 tangki air kepada KML dan 4 tangki air kepada SMSL bagi mengatasi isu bekalan air di sana.
Di UMS Kampus Antarabangsa, YB Menteri meninjau potensi sedia ada untuk menjadikan Labuan sebagai hab pendidikan.