Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


KOMITED SELAMI DENYUT NADI WARGA WP LABUAN

Temu Rapat Dr. Zaliha Edisi WP Labuan hari ini membuka peluang kepada pemimpin komuniti yang melibatkan seramai 260 orang terdiri daripada Ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Dewan Perniagaan Labuan, Persatuan Penjaja Labuan dan penjawat-penjawat awam untuk mengutarakan pendapat dan cadangan di Labuan International School, Labuan sebentar tadi.


Sesi ini diadakan untuk mendengar sendiri dan mengenal pasti isu-isu utama yang dihadapi oleh masyarakat setempat agar tindakan selanjutnya boleh diambil bagi memastikan Labuan dapat direalisasikan sebagai hab ekonomi, pelancongan dan pendidikan. 


Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan dan YB Menteri mengulang tekad akan mencari solusi yang terbaik bagi isu-isu yang dibangkitkan.


YB Menteri turut menyeru semua pihak termasuk penjawat awam, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pemain industri dan semua rakyat di Wilayah Persekutuan Labuan untuk berganding bahu bersama-sama bagi menjayakan aspirasi Wilayah Persekutuan Labuan sebagai hab ekonomi, pelancongan dan pendidikan. 

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel