Utama »
Galeri Foto 2024
» SESI KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JWP KEPADA KETUA PENGARAH PENDAFTARAN NEGARA
SESI KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JWP KEPADA KETUA PENGARAH PENDAFTARAN NEGARA
04 Januari 2024
YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim , Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Tuan Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara hari ini.
Kunjungan hormat ini adalah bagi melaksanakan kolaborasi strategik dalam perkongsian maklumat berkaitan kelahiran, taraf kewarganegaraan, kematian dan maklumat lain warga Wilayah Persekutuan.
Hasrat utama adalah memastikan semua warga Wilayah Persekutuan khususnya golongan rentan mendapat pengesahan identiti dan didokumenkan dengan sistematik dan adil megikut undang-undang Malaysia.