2015
RUMUSAN KESELURUHAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2015
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan KWP 2015 ini adalah hasil daripada analisis borang kajian kepuasan pelanggan yang telah diedarkan semasa program-program berikut:
- Program kekasih kepada kekasih 13 Februari 2015
- Program Kenduri 1Malaysia - 14 Februari 2015
- Program Konvoi Berbasikal 1Malaysia - 15 Februari 2015
- Program Sosial Media Week Campaign - 22 hingga 23 Februari 2015
- Pameran sempena persidangan antarabangsa pemimpin muda (ICLY) - 19 hingga 21 Mac 2015
- Program Jom Gegar Keramat Mall - 25 April 2015
- Program Karnival My2nd Chance - 3 hingga 5 April 2015
- Floria DIRAJA Putrajaya - 30 Mei hingga 17 Jun 2015
- Program Nur Ramadan di IPK Kuala Lumpur - 29 Jun 2015
- Program Customer Service Day (CSD) - 18 hingga 20 September 2015
- Kajian Kepuasan Pelanggan melalui Laman Web Kementerian - 30 September 2015
Dalam kajian ini, keseluruhan responden yang telah memberikan maklum balas terhadap kajian ini ialah sebanyak 2837 responden.
Secara keseluruhannya, analisis kajian ini telah menunjukkan bahawa responden BERSETUJU dengan perkhidmatan dan pelaksanaan yang dilaksanakan oleh KWP. Walau bagaimanapun, didapati tahap pengetahuan orang ramai terhadap fungsi dan peranan KWP adalah di tahap sederhana iaitu 68.1% (1934 orang responden) bagi kedua-dua kajian kepuasan pelanggan yang telah dilaksanakan ini. Oleh itu adalah dicadangkan untuk pihak KWP menambahkan aktiviti Advertising & Promotion serta publisiti terhadap program-program Kementerian yang di laksanakan oleh semua Agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.