2016
RUMUSAN KESELURUHAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2016
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan KWP 2016 ini adalah hasil daripada analisis borang kajian kepuasan pelanggan yang telah diedarkan semasa program-program dari Januari sehingga Ogos 2016 iaitu:
1. | Program Kenduri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan | 1 sehingga 29 Februari 2016 |
2. | Labuan International Sea Challenge 2016 | 29 April sehingga 1 Mei 2016 |
3. | Floria DIRAJA Putrajaya | 27 Mei sehingga 4 Jun 2016 |
4. | Program Nur Ramadhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan | 9 Jun sehingga 29 Jun 2016 |
5. | Program Kerjasama Kerajaan dan Badan Korporat di Wilayah Persekutuan(Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Golongan Asnaf dan Program Baiti Jannati TNB 2016) | 18 Ogos 2016 |
Dalam kajian ini, sebanyak 1,633 responden telah memberi maklumbalas dalam borang Kajian Kepuasan Pelanggan 2016 yang mengandungi 17,967 keseluruhan soalan.
Secara keseluruhannya, analisis kajian ini telah menunjukkan bahawa sebanyak 91.40% responden dalam kategori Sangat Bersetuju dengan perkhidmatan dan pelaksanaan yang dilaksanakan oleh KWP.