Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


JWP DAN KPKM PERHALUSI PERSIAPAN ROAD TO MAHA LABUAN 2026

YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Dr. Haniff Hassan, Setiausaha Bahagian Industri Makanan Asas Tani (IMAT), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Pertemuan tersebut membincangkan status semasa persediaan penganjuran Road To MAHA Labuan 2026 yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pada 23 hingga 26 Julai 2026.

Penganjuran program ini merupakan kolaborasi strategik antara JWP dan KPKM dalam usaha memperkasakan sektor pertanian dan industri asas tani di Labuan, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan keterjaminan makanan. Program ini juga menjadi platform kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan produk serta inovasi mereka kepada pasaran yang lebih luas.

📅 23–26 Julai 2026

📍 Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan

Save the date, warga Labuan! 🚜🌾