Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


SESI TAKLIMAT BERSAMA MALAYSIA COMPETITION COMMISSION (MyCC) KEPADA PEGAWAI YANG TERLIBAT DENGAN PEROLEHAN DI JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN AGENSI TAHUN 2026

Bahagian Kewangan, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah selesai menganjurkan Sesi Taklimat bersama Malaysia Competition Commission (MyCC) pada 8 Jun 2026 (Isnin) di Auditorium, Menara Seri Wilayah.
Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh seramai 77 orang pegawai yang terdiri daripada pegawai JWP dan agensi. Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Zairan Bin Ishak, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan, MyCC.
Majlis turut diserikan dengan perasmian oleh YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah, Pengurusan dan Sosio Ekonomi (PSE), JWP.
Sepanjang sesi taklimat, peserta telah didedahkan dengan isu dan kes-kes Tipuan Bida (Bid Rigging) dan pakatan kartel yang boleh menjejaskan ketelusan proses perolehan. Penganjuran sesi taklimat ini bertujuan meningkatkan kesedaran pegawai agar sentiasa peka terhadap petunjuk awal pakatan tender serta memperkukuh integriti dan tadbir urus yang baik dalam pengurusan perolehan kerajaan.
Sekian, terima kasih.
Seksyen Perolehan
Bahagian Kewangan
Jabatan Wilayah Persekutuan