Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


TRANSFORMASI TANDAS AWAM MELALUI INISIATIF KL ART TOILETS 🚻🎨✨

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), telah menghadiri sidang media pelancaran inisiatif KL Art Toilets yang diperkenalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi program Art in the City.

Inisiatif ini menampilkan transformasi tandas awam kompak dengan gabungan elemen seni, reka bentuk moden dan kelestarian bagi memperkukuh identiti Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang kreatif dan berdaya huni.

Projek perintis di Plaza Batik ini dibangunkan oleh arkitek muda tempatan dengan mengutamakan aspek keselesaan, keselamatan serta kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU).

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, serta YBrs. Encik Shamshul Joehari Zainal Mokhtar, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan DBKL dalam mempertingkatkan kualiti kemudahan awam dan mewujudkan persekitaran bandar yang lebih inklusif serta selesa untuk semua.