YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir ke Majlis Nur Ramadan Wilayah Persekutuan Bersama Media yang diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan pengamal media di Labuan atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memastikan maklumat yang tepat serta sahih terus disampaikan kepada masyarakat.
Selain mengeratkan hubungan antara Kerajaan dan pengamal media, majlis ini turut mengiktiraf peranan media yang bukan sekadar menyampaikan berita, malah membantu masyarakat memahami dasar, program serta inisiatif kerajaan demi kesejahteraan rakyat, khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.
Turut hadir YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan serta YBrs. Tuan Hj. Rithuan bin Hj. Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan serta ketua -ketua pengarang, timbalan ketua pengarang dan rakan-rakan pengamal media di Wilayah Persekutuan Labuan.