MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026M DI ISTANA NEGARA
31 Mac 2026
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bersama YAM Tunku Tun Aminah Maimumah Iskandariah binti Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Majlis ini menjadi wadah menyantuni dan meraikan anak-anak dari PA DBKL, PPR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dari Selangor, Johor dan Negeri Sembilan, termasuk pelajar Fugee School.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda mencerminkan keprihatinan serta kasih terhadap golongan kanak-kanak, khususnya yang memerlukan perhatian dan sokongan, di samping menyemai nilai kasih sayang dan kebersamaan dalam masyarakat.
Turut hadir, YAB Dato’ Seri Dr. Hajah Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail, Isteri Perdana Menteri, YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YB Dato’ Seri Nancy Syukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).