Page 53 - Demo
P. 53


                                    ISUTinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2018 mendedahkan pelbagai isu kesihatan yang membelenggu warga emas di seluruh negara. Sebagai contoh, lebih separuh warga emas (55.1%) mengalami tekanan darah tinggi, 41.8% mempunyai paras kolesterol tinggi, dan 27.7% menghidap diabetes. Di samping itu, 17% memerlukan bantuan untuk aktiviti kehidupan harian (ADL), manakala 41.9% bergantung kepada bantuan untuk aktiviti instrumental kehidupan (IADL). Dalam konteks Wilayah Persekutuan akses kepada perkhidmatan kesihatan primer dan hospital lebih meluas, namun tahap kesedaran dan gaya hidup sihat masih memerlukan peningkatan. Di peringkat dasar, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas (PTPKWE) 2023%u20132030 telah merangka strategi bersepadu yang mengguna pakai pendekatan %u201cHealthy Ageing%u201d yang diusulkan oleh WHO. Strategi ini menyasarkan tiga kumpulan warga emas: mereka yang masih aktif, mereka yang mengalami kemerosotan fungsi, dan mereka yang kehilangan keupayaan berdikari. Pelan ini dilaksanakan secara menyeluruh termasuk di Wilayah Persekutuan melalui klinik-klinik kesihatan, program jangkau luar, pemulihan anggota dan penyediaan perkhidmatan geriatrik di hospital utama.Wilayah Persekutuan juga menjadi perintis dalam pengukuhan penyampaian kesihatan komuniti melalui program seperti Kelab Warga Emas di klinik-klinik kesihatan dan perkhidmatan saringan serta rehabilitasi di Klinik Desa. Menurut laporan KKM, sehingga 2022, seramai 2.83 juta warga emas telah didaftarkan dan diprofilkan dalam sistem kesihatan, manakala pelaksanaan rawatan jangkau luar turut dilaksanakan kepada lebih 15,000 warga emas yang terlantar di rumah dan di institusi seluruh negara, termasuk di Wilayah Persekutuan. Namun begitu, cabaran kekurangan pakar masih wujud. Hanya terdapat 60 pakar geriatrik di seluruh negara pada tahun 2022, termasuk hanya segelintir di hospital utama Wilayah Persekutuan. Sedangkan unjuran menunjukkan Malaysia memerlukan lebih daripada 340 pakar menjelang 2030. Di samping itu, warga emas bandar seperti di Kuala Lumpur berisiko tinggi mengalami isolasi sosial, kemurungan (3.1%) dan kekurangan sokongan sosial (24.8%) yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan mereka.Sehubungan itu, pembangunan dasar dan pelaksanaan intervensi kesihatan warga emas di Wilayah Persekutuan harus disesuaikan dengan realiti kehidupan bandar yang kompleks dan padat. Peningkatan pelaburan dalam promosi gaya hidup sihat, pembangunan pusat komuniti mesra warga emas dan latihan penjaga profesional warga emas merupakan langkah kritikal. Melalui pendekatan bersepadu pelbagai agensi dan penglibatan komuniti, warga emas Wilayah Persekutuan dapat menua dengan sihat, aktif dan bermaruah sejajar dengan aspirasi negara menua.LONJAKAN 1 PENUAAN SIHAT42
                                
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57