Page 56 - Demo
P. 56


                                    KAEDAHBagi mencapai hasrat ini, Lonjakan Penuaan Sihat ini akan memberi fokus kepada:1.Penyediaan persekitaran sosial yang sihat melalui pelaksanaan program amalan hidup sihat serta penubuhan One Stop Centre Warga Emas (secara fizikal dan digital) sebagai pusat rujukan, aktiviti dan sokongan komuniti;2.Pembinaan persekitaran fizikal dan alam bina yang mesra usia, termasuk penyediaan kemudahan kesihatan yang mudah dicapai, selamat dan sihat untuk warga emas, serta pengurangan risiko seperti jatuh;3.Memperteguh sistem penjagaan fizikal dan sosial penjaga warga emas, termasuk mewujudkan sistem penjagaan berasaskan komuniti untuk jangka panjang dan pemberian insentif kepada penjaga yang terlibat dalam kes penurunan kefungsian; dan4.Memperhebatkan kesihatan warga emas melalui ruang digital dengan pembangunan ruang digital kesihatan warga emas untuk pemantauan kendiri dan sokongan kesihatan secara maya.tidak formal dan komuniti sokongan dengan menyediakan sistem penjagaan yang berasaskan komuniti untuk jangka panjang. Insentif turut ditawarkan kepada penjaga warga emas, terutamanya bagi mereka yang menjaga individu dengan penurunan kefungsian, bagi mengurangkan tekanan penjagaan dan memperkukuh kesinambungan sokongan.Seiring perkembangan teknologi, aspek digitalisasi turut diperluas melalui pembangunan ruang digital kesihatan warga emas. Inisiatif ini membolehkan warga emas memantau status kesihatan mereka, mengakses maklumat kesihatan terkini serta berhubung dengan perkhidmatan kesihatan secara atas talian, sekaligus meningkatkan literasi kesihatan dan keupayaan membuat keputusan sendiri berkenaan penjagaan diri. Secara keseluruhan, matlamat ini menampilkan pendekatan bersepadu yang menggabungkan promosi kesihatan, reka bentuk fizikal yang inklusif, sokongan penjagaan yang mampan dan inovasi digital, bagi memastikan warga emas Wilayah Persekutuan dapat menua dengan sihat, bermaruah dan sejahtera dalam komuniti mereka. Oleh itu, menjelang tahun 2030, Wilayah Persekutuan disasarkan mencapai komuniti warga emas yang sihat secara menyeluruh menerusi empat indikator utama: 80% penyertaan dalam program kesihatan komuniti, 7.5 km laluan pejalan kaki mesra usia, latihan kepada 1,000 penjaga tidak formal dan penggunaan dashboard kesihatan digital Wilayah Persekutuan.45
                                
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60