Page 49 - Demo
P. 49


                                    Lonjakan 4Penuaan ProduktifPenuaan Produktif merujuk kepada usaha meningkatkan keupayaan serta daya saing ekonomi dan kemahiran warga emas, berteraskan keyakinan bahawa mereka masih mampu menyumbang secara bermakna kepada pembangunan negara. Justeru, Lonjakan Penuaan Produktif memberi penekanan kepada usaha memastikan warga emas kekal produktif, berdikari dan terus menyumbang kepada ekonomi dan masyarakat melalui penyertaan dalam pekerjaan, keusahawanan, ekonomi komuniti, serta aktiviti kebudayaan dan kesenian yang mempunyai nilai ekonomi.Lonjakan 5Penuaan MenyokongPenuaan menyokong merujuk kepada penyediaan persekitaran yang kondusif, inklusif dan mesra usia menerusi sistem sokongan yang menyeluruh dan bersepadu, bagi memastikan warga emas dapat menua secara optimum, dihargai dan dilindungi. Justeru, Lonjakan Penuaan Menyokong memberi tumpuan kepada pembangunan sistem sokongan yang menyeluruh dan mesra warga emas, dengan sasaran sekurangkurangnya satu kawasan atau parlimen di Wilayah Persekutuan diiktiraf sebagai Bandar Mesra Usia yang selamat, inklusif dan berdaya tahan menjelang tahun 2030.38
                                
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53