Page 55 - Demo
P. 55
MATLAMATLonjakan Penuaan Sihat dalam Pelan Strategik Warga Emas Wilayah Persekutuan 2025%u20132030 memberi penekanan kepada usaha memperkukuh kecergasan fizikal dan menyediakan sokongan kesihatan yang menyeluruh dan berterusan kepada warga emas. Matlamat ini digariskan bagi memastikan warga emas terus menua dengan sihat, aktif dan berdikari, meskipun berada dalam persekitaran bandar yang kompleks dan pantas berubah. Keutamaan diberikan kepada pembinaan persekitaran sosial dan fizikal yang menyokong kehidupan aktif warga emas. Ini termasuk pelaksanaan program amalan hidup sihat dan penubuhan One Stop Centre secara fizikal dan digital yang berfungsi sebagai pusat sehenti informasi, perkhidmatan dan sokongan kesihatan. Kemudahan-kemudahan ini direka bentuk supaya mesra warga emas dan mudah dicapai, sekaligus meningkatkan akses terhadap rawatan serta memperkukuh keupayaan warga emas menjaga kesihatan mereka secara kendiri.Di samping itu, aspek keselamatan fizikal turut diberi perhatian melalui pelaksanaan projek berkaitan fasiliti kesihatan yang selamat dan sesuai, bagi mengurangkan risiko kecederaan seperti jatuh, terutamanya bagi warga emas yang berisiko tinggi. Ini dilengkapi dengan pembangunan infrastruktur bandar yang lebih inklusif dan mesra usia, sejajar dengan aspirasi Wilayah Persekutuan sebagai sebuah bandar sihat. Matlamat ini turut mengiktiraf kepentingan penjaga Dengan status %u201cnegara tua%u201d yang semakin hampir, Wilayah Persekutuan menyaksikan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan, penjagaan jangka panjang dan sokongan komuniti. Maka, pelaburan strategik dalam pencegahan penyakit tidak berjangkit, penjagaan kendiri dan advokasi kesihatan melalui platform digital amat penting untuk mengurangkan beban sistem kesihatan dan meningkatkan ketahanan sosial bandar.Pelan ini juga menyokong kepada Kerangka CHASE City dan program PUJI@WP yang mengarusperdanakan keadilan sosial dan kesaksamaan kesihatan melalui inisiatif seperti Sihat@PUJI yang memberi akses kepada rawatan segera dan meningkatkan kesedaran gaya hidup sihat. Melalui elemen Healthy City ia dapat memperkukuh penyediaan infrastruktur mesra warga emas, persekitaran sosial yang menyokong serta kemudahan inklusif untuk warga emas.Penuaan sihat bukan sekadar soal kesihatan fizikal tetapi pelaburan strategik dalam kesejahteraan sosial. Ia membolehkan warga emas dan komuniti terus menyumbang sebagai sukarelawan serta merealisasikan sistem penjagaan warga emas berasaskan komuniti untuk jangka masa panjang.LONJAKAN 1 PENUAAN SIHAT44

