Page 48 - Demo
P. 48


                                    LONJAKANDefinisiLonjakan 1Penuaan SihatPenuaan Sihat merujuk kepada usaha memperkukuh kecergasan fizikal dan sokongan kesihatan warga emas secara berterusan, meliputi mereka yang masih sihat serta yang mengalami penurunan kefungsian. Sehubungan itu, Lonjakan Penuaan Sihatbertujuan untuk mempersiapkan warga emas di Wilayah Persekutuan agar mencapai tahap kesihatan yang holistik melalui penyertaan aktif dalam program gaya hidup sihat, akses kepada kemudahan fizikal yang selamat dan mesra usia, penjagaan komuniti yang menyokong, serta perlindungan kesihatan asas yang mampan dan inklusif.Lonjakan 2Penuaan AktifPenuaan Aktif merujuk kepada usaha menggiatkan penglibatan warga emas secara aktif dalam kehidupan seharian, termasuk interaksi sosial dan digital, agar mereka terus terlibat dan berdaya saing dalam masyarakat. Justeru, Lonjakan Penuaan Aktif bertujuan memastikan warga emas kekal aktif, berdaya dan dihargai melalui penyertaan menyeluruh dalam aktiviti sosial, sukan, akses kepada persekitaran fizikal yang selamat dan mesra usia, penguasaan teknologi asas serta sokongan komuniti prihatin yang memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan warga emas secara berterusan.Lonjakan 3Penuaan PositifPenuaan Positif merujuk kepada usaha memperkukuh kesejahteraan psikososial dan spiritual warga emas melalui pembangunan holistik yang mengiktiraf nilai, potensi dan keupayaan diri. Justeru, Lonjakan Penuaan Positif memberi penekanan kepada penyediaan pembelajaran sepanjang hayat, sokongan emosi dan rohani yang inklusif, serta pembudayaan persekitaran hidup yang bersih, teratur dan menyokong kehidupan warga emas yang bermakna, tenang dan dihargai.37
                                
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52