Page 14 - Demo
P. 14


                                    EMAS-WP 2025%u20132030 dipandu dan diselaraskan dengan Pelan Hala Tuju CHASE City 2025%u20132029, sebuah kerangka pembangunan Wilayah Persekutuan yang disediakan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan. Hala tuju ini menekankan pembentukan bandar raya yang mampan, inklusif dan berdaya huni untuk semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang atau peringkat usia. Dalam semangat yang sama, EMAS-WP 2025%u20132030 memberi fokus kepada usaha memperkukuh kesejahteraan warga emas menerusi pelbagai strategi, inisiatif dan program yang terancang, agar Wilayah Persekutuan tampil sebagai model bandar mesra usia di peringkat nasional.Selaras dengan aspirasi mewujudkan Bandar Sihat (Healthy City), pelan ini menekankan pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti warga emas. Pendekatan ini melibatkan penyediaan infrastruktur yang inklusif, mesra pengguna dan selamat, di samping memperkukuh persekitaran sosial yang kondusif bagi memastikan setiap individu berpeluang menjalani kehidupan yang lebih aktif, produktif dan bermakna. Justeru, pelaksanaan EMAS-WP 2025%u20132030 dirangka agar dapat merangkumi pelbagai dimensi kesejahteraan warga emas, termasuk aspek kesihatan fizikal dan mental, penglibatan sosial, keselamatan ekonomi, kebajikan, perumahan, persekitaran komuniti dan akses kepada perkhidmatan sokongan.Sebagai dokumen dasar yang bersifat dinamik dan living document, EMAS-WP 2025%u20132030 sentiasa terbuka untuk disemak, ditambah baik serta disesuaikan dengan perkembangan semasa dan cabaran baharu yang mungkin timbul. Keanjalan pelan tindakan ini membolehkan strategi yang digariskan sentiasa relevan, berkesan dan sejajar dengan keperluan sebenar warga emas di Wilayah Persekutuan dari semasa ke semasa.Melalui pelaksanaan pelan ini, diharapkan seluruh ekosistem pembangunan bandar dapat bersinergi dengan lebih mantap dalam memupuk budaya saling menyokong dan menghargai warga emas, sekali gus memastikan mereka terus dapat menikmati kehidupan yang berkualiti, bermaruah dan sejahtera sepanjang usia.3
                                
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18