Page 13 - Demo
P. 13
Pelan Tindakan Warga Emas Wilayah Persekutuan 2025%u20132030 merupakan dokumen strategik yang dirangka khusus bagi memperkukuh kesejahteraan golongan warga emas dalam konteks pembangunan bandar yang semakin pesat dan kompleks. Pelan ini mengambil pendekatan terbaharu yang progresif dan responsif terhadap perubahan landskap demografi negara yang kini bergerak pantas menuju status Negara Tua menjelang tahun 2030. Fenomena penuaan penduduk ini menuntut perancangan yang menyeluruh, bersifat inklusif serta berpandangan jauh dalam memastikan warga emas terus diberi perhatian sewajarnya, di samping mengiktiraf sumbangan mereka terhadap masyarakat dan negara.Sebagai simbol penghargaan yang mendalam, pelan ini dinamakan EMAS-WP 2025%u20132030, yang membawa makna simbolik bahawa warga emas adalah kelompok masyarakat yang amat bernilai, dihargai dan memiliki kedudukan penting dalam ekosistem sosial negara. EMAS bukan sekadar merujuk kepada usia, tetapi juga melambangkan nilai, kebijaksanaan serta pengalaman yang berharga yang wajar dimanfaatkan bagi membina masyarakat yang lebih penyayang, progresif dan berdaya tahan.LATAR BELAKANG PELAN TINDAKAN WARGA EMAS WILAYAH PERSEKUTUAN 2025 %u2013 20302

