Page 8 - Demo
P. 8
akademik dan agensi kerajaan bagi memastikan setiap strategi yang digariskan benar-benar mencerminkan keperluan dan aspirasi komuniti. Lima lonjakan utama telah dikenal pasti sebagai pemacu utama pelaksanaan dasar ini, merangkumi aspek kesihatan, ekonomi, persekitaran, keselamatan sosial serta kesejahteraan psikososial.Visi %u201cKe arah warga emas Wilayah Persekutuan yang sejahtera, bermakna dan di sokong oleh ekosistem mesra usia%u201d dan misi %u201cMemperkasa warga emas Wilayah Persekutuan melalui penuaan sihat, aktif, positif, produktif dan sistem persekitaran sokongan yang menyeluruh ke arah kehidupan sejahtera dalam negara tua%u201d menjadi pedoman dalam merealisasikan cita-cita kita untuk membangunkan Wilayah Persekutuan sebagai bandar raya mesra usia yang progresif, selamat dan berdaya huni. Pelaksanaan EMAS-WP 2025%u20132030 turut dijajarkan dengan pelbagai dasar nasional, termasuk Pelan Hala Tuju CHASE City 2025%u20132029, bagi memastikan usaha ini disepadukan secara berimpak tinggi dan konsisten dengan hala tuju pembangunan wilayah.Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama-sama memberikan komitmen, kepakaran dan idea dalam pembangunan pelan ini. Jabatan Wilayah Persekutuan akan terus berpegang kepada prinsip tadbir urus yang telus, inklusif dan kolaboratif dalam memastikan keberhasilan pelan ini dapat dinikmati oleh semua warga emas di Wilayah Persekutuan.Akhir kata, saya menyeru seluruh agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan komuniti setempat untuk berganding bahu menjayakan pelan ini. Marilah kita bersama-sama membina sebuah persekitaran yang lebih sejahtera, mesra usia dan bersedia menghadapi cabaran masa depan sebagai sebuah negara yang menuju status masyarakat menua.%u201cWilayah Persekutuan Mesra Usia,Warga Emas Bahagia%u201d YB. Datuk Seri Dr. Zaliha Binti MustafaMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)vii

