Page 9 - Demo
P. 9


                                    Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSalam Sejahtera dan Salam Madani.Peningkatan bilangan warga emas di Wilayah Persekutuan menuntut pendekatan yang lebih proaktif, inklusif dan bersepadu dalam memastikan kesejahteraan mereka terpelihara secara holistik. Sebagai agensi peneraju pembangunan wilayah, kami menyedari bahawa perancangan bandar yang moden dan berdaya huni perlu memberi keutamaan kepada keperluan warga emas yang semakin kompleks dan pelbagai.Pelan Tindakan Warga Emas Wilayah Persekutuan 2025%u20132030 (EMAS-WP 2025%u20132030) ini telah dirangka dengan teliti sebagai dokumen rujukan strategik yang akan memandu pelaksanaan program dan inisiatif di semua peringkat. Penyediaan pelan ini melalui proses libat urus menyeluruh bersama pelbagai pemegang taruh termasuk komuniti warga emas, pakar akademik, pertubuhan masyarakat sivil dan agensi kerajaan adalah bukti komitmen kita terhadap prinsip keterangkuman dan ketelusan.PRAKATAKETUA PENGARAHJABATAN WILAYAH PERSEKUTUANPelan Tindakan Warga Emas Wilayah Persekutuan 2025%u20132030 (EMAS-WP 2025%u20132030) ini telah dirangka dengan teliti sebagai dokumen rujukan strategik yang akan memandu pelaksanaan program dan inisiatif di semua peringkat.viii
                                
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13