Page 7 - Demo
P. 7


                                    Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSalam Sejahtera dan Salam Madani.Warga emas merupakan aset berharga dalam pembangunan masyarakat yang progresif dan sejahtera. Kehadiran mereka bukan sahaja mencerminkan warisan, pengalaman dan kebijaksanaan generasi terdahulu, malah menjadi teras penting dalam memperkukuh struktur sosial yang inklusif, penyayang dan berdaya tahan.Seiring dengan peningkatan populasi warga emas di negara ini, perancangan dan pelaksanaan dasar yang responsif dan mampan menjadi semakin mendesak. Justeru, Pelan Tindakan Warga Emas Wilayah Persekutuan 2025%u20132030 (EMASWP 2025%u20132030) telah dirangka sebagai dokumen strategik yang komprehensif, berpaksikan matlamat untuk memastikan kesejahteraan warga emas diberi perhatian yang sewajarnya dalam arus pembangunan bandar moden.Pelan ini disusun melalui proses libat urus menyeluruh yang melibatkan suara pelbagai pihak termasuk warga emas, penjaga, pertubuhan masyarakat sivil, pakar KATA ALU-ALUANMENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (WILAYAH PERSEKUTUAN)vi
                                
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11