Page 10 - Demo
P. 10


                                    Berteraskan lima (5) lonjakan utama iaitu Penuaan Sihat, Penuaan Aktif, Penuaan Positif, Penuaan Produktif dan Penuaan Menyokong, pelan ini juga menekankan pemerkasaan teknologi, inovasi sosial dan pengukuhan kerjasama rentas sektor bagi memastikan setiap intervensi yang dilaksanakan mampu memberi impak nyata kepada kualiti hidup warga emas.Selari dengan aspirasi %u201cWilayah Persekutuan Mesra Usia, Warga Emas Bahagia%u201d, pelan ini bukan sekadar dokumen dasar tetapi juga satu komitmen bersama untuk membentuk sebuah persekitaran yang lebih mesra usia, progresif dan responsif terhadap cabaran masyarakat menua.Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan idea, tenaga dan kepakaran dalam penghasilan pelan ini. Jabatan Wilayah Persekutuan akan memastikan pemantauan pelaksanaan dilakukan secara berterusan melalui tadbir urus yang telus, berakauntabiliti tinggi dan berorientasi hasil.Marilah kita bersama-sama menggerakkan usaha ini dengan iltizam yang padu demi kesejahteraan warga emas Wilayah Persekutuan pada masa kini dan generasiakan datang.YBhg. Datuk Seri Noridah Binti Abdul RahimKetua Pengarah, Jabatan Wilayah Persekutuanix
                                
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14