Page 127 - Demo
P. 127
Walau bagaimanapun, sokongan daripada kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk menangani skala keperluan sebenar warga emas bandar. Pihak swasta dan NGO turut muncul sebagai pemangkin utama dalam menyediakan fasiliti penuaan menyokong. Kediaman seperti Domitys Bangsar, REU Living (MidValley) dan Komune Care (Cheras) menawarkan konsep penjagaan moden dengan kemudahan kesihatan, keselamatan, sokongan psikososial dan gaya hidup berdikari tetapi kos perkhidmatan ini hanya mampu ditampung oleh warga emas berpendapatan tinggi. Kajian oleh MyAgeing UPM menunjukkan bahawa 20% warga emas bandar lebih menggemari perkampungan persaraan berkonsep gaya hidup (lifestyleretirement), namun akses kepada fasiliti tersebut masih terbatas. Dengan jangkaan bahawa lebih 800,000 warga emas akan tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur menjelang 2030, cabaran besar timbul dalam memastikan akses saksama terhadap sistem penjagaan dan sokongan, khususnya bagi golongan rentan yang tiada penjaga atau bergantung kepada bantuan awam.Selain itu, Penuaan Menyokong ini selari dengan Pelan Hala Tuju CHASE City 2025%u20132029 yang dibangunkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) merupakan kerangka pembangunan bandar bersepadu yang bertujuan membentuk bandar raya yang mesra usia, sejajar dengan aspirasi dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Pada masa ini, pelaksanaan pelan ini telah bergerak ke arah pengukuhan komitmen melalui 5 Lonjakan Strategik, dengan tumpuan diberikan kepada pembangunan komuniti rentan seperti warga emas, orang kurang upaya, dan B40 bandar. CHASE City memperkenalkan dua prinsip utama iaitu %u201cmeningkatkan lantai%u201d untuk menangani ketidaksaksamaan akses dan %u201cmenaikkan siling%u201d bagi memperluaskan peluang mobiliti sosial. Lima kluster utama pelaksanaan dikenalpasti di bawah kerangka PUJI@WP: (1) Perumahan dan Kehidupan Bandar, (2) Usahawan dan Pekerjaan, (3) Jagaan dan Kesihatan, (4) Inklusiviti dan Mobiliti Sosial, serta (5) Intervensi Komuniti dan Komunikasi. Setiap kluster ini mempunyai penunjuk prestasi dan inisiatif spesifik untuk memastikan bandar Wilayah Persekutuan menjadi tempat tinggal yang berdaya huni, sejahtera dan inklusif untuk semua. Sehingga kini, tumpuan pelaksanaan telah difokuskan kepada pengumpulan data komuniti rentan, pelaksanaan intervensi bersasar melalui pendekatan people-first, pembangunan infrastruktur sokongan seperti pusat komuniti dan pusat transit, serta penyelarasan dengan agensi persekutuan dan pihak berkuasa tempatan. CHASE City turut menekankan pendekatan berasaskan data dan bukti (evidence-based policymaking), dengan penglibatan pelbagai pihak dalam penilaian impak serta pembangunan model intervensi. Melalui pelaksanaan yang berfasa dari tahun 2025 hingga 2029, CHASE City dilihat bukan sahaja sebagai pelan transformasi bandar, tetapi juga platform kolaboratif antara pelbagai pihak untuk membina masa depan Wilayah Persekutuan yang mesra usia, lestari dan progresif.LONJAKAN 5 PENUAAN MENYOKONG 116

