Page 129 - Demo
P. 129


                                    MATLAMATPenuaan Menyokong adalah untuk mewujudkan sistem sokongan yang menyeluruh, mudah diakses dan berdaya tahan bagi memastikan warga emas dapat menua dalam persekitaran yang selamat, bermaruah dan inklusif. Ini termasuk penyediaan perumahan yang mesra warga emas, kemudahan transit yang mudah diakses, serta infrastruktur awam berteraskan universal design. Lonjakan ini juga menekankan keperluan menyediakan pusat jagaan dan transit jangka pendek yang memenuhi piawaian semasa, selaras dengan keperluan warga emas yang semakin kompleks dari segi kesihatan, mobiliti dan kesejahteraan psikososial. Dalam masa yang sama, pengiktirafan bandar mesra usia dan penubuhan Hub Penyelidikan Serantau bertujuan memperkukuh dasar dan intervensi berasaskan data yang relevan dengan konteks Wilayah Persekutuan.Selain pendekatan infrastruktur, Lonjakan Penuaan Menyokong turut memberi tumpuan kepada aspek kerjasama strategik merentas sektor melalui model Quadruple Helix yang menggabungkan peranan kerajaan, swasta, akademia dan masyarakat sivil. Pendekatan ini membolehkan pelaksanaan dasar dan program dilaksanakan secara kolektif, responsif dan mampan. Matlamat lonjakan ini turut menyokong pelaksanaan CHASE City khususnya dalam dimensi Safe City, Healthy City dan Eco Friendly City, dengan menekankan pembangunan bandar yang selamat dan boleh diakses oleh semua lapisan usia, memperkukuh perkhidmatan kesihatan komuniti serta meningkatkan keterhubungan warga emas kepada perkhidmatan dan jaringan sosial. Melalui pelaksanaan lonjakan ini secara menyeluruh, Wilayah Persekutuan berpotensi menjadi perintis bandar mesra usia yang progresif, inklusif dan berdaya tahan menjelang tahun 2030.Menjelang tahun 2030, Wilayah Persekutuan disasarkan menyediakan persekitaran dan fasiliti warga emas secara inklusif menerusi ekosistem sokongan warga emas yang lengkap dan inklusif dengan penubuhan Pusat Hub Penyelidikan Serantau Warga Emas yang beroperasi sepenuhnya, pembangunan Indeks Warga Emas, sekurang-kurangnya satu kawasan setiap parlimen diiktiraf sebagai Bandar Mesra Usia, serta 100% kawasan tumpuan utama seperti pasar, taman dan pusat komuniti diaudit dan ditambah baik. Selain itu, 20 hentian bas akan dinaik taraf, 80% pusat aktiviti sosial memenuhi keperluan reka bentuk sejagat dan semua kawasan PBT melaksanakan sistem parkir percuma untuk warga emas, di samping penubuhan dua pusat transit atau penjagaan warga emas serta penglibatan aktif sekurangkurangnya 20 rakan strategik korporat.LONJAKAN 5 PENUAAN MENYOKONG 118
                                
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133