Page 126 - Demo
P. 126


                                    STATUS SEMASA DAN PENCAPAIANWilayah Persekutuan mempunyai landskap fizikal dan sosial yang rencam, dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan kepelbagaian latar belakang warga emas. Menyedari realiti bahawa Malaysia bakal menjadi negara tua menjelang 2030 apabila lebih 15% penduduknya berusia 60 tahun ke atas, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Bantuan Warga Emas (BWE), Unit Penyayang Warga Emas (UPWE), Program i-PWE dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) untuk memastikan kesejahteraan warga emas bandar terjamin. Di Kuala Lumpur sahaja terdapat 10 buah PAWE di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seperti PAWE Cheras Baru, Setiawangsa dan Batu, yang memberi perkhidmatan kepada 100%u2013150 warga emas. Aktiviti seperti kelas senaman, fisioterapi, ceramah kesihatan dan rekreasi di PAWE adalah manifestasi sokongan langsung terhadap penuaan sihat dan aktif, sejajar dengan aspirasi Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) 2021%u20132025.bandar atau program sosial mereka. Walaupun Rancangan Malaysia Kesebelas (2016%u20132020) menekankan penuaan aktif dan pembelajaran sepanjang hayat, kesinambungan dan skala inisiatif sedemikian perlu dipertingkatkan, terutamanya di peringkat akar umbi.Akhir sekali, isu utama ialah penguatkuasaan dan peraturan kemudahan penjagaan warga emas yang lemah. Terdapat kekurangan undang-undang komprehensif yang mengawal piawaian kualiti dan keselamatan di rumah jagaan warga emas swasta dan separa swasta. Walaupun Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas Swasta telah dicadangkan, pelaksanaannya perlahan dan tidak konsisten di seluruh negeri yang berbeza. Oleh itu kerjasama strategik bersama universiti, NGO dan pemegang taruh dilihat masih kurang dan perlu diperbanyakkan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. Pengemblengan tenaga secara pintar ini mampu menjayakan sebarang usaha EMAS-WP 2025%u20132030 secara efektif dan menyeluruh.115
                                
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130