Page 130 - Demo
P. 130
KAEDAHBagi mencapai hasrat ini, Lonjakan Penuaan Menyokong akan memberi fokus kepada:1.Membangunkan Hub Penyelidikan Serantau dan Pengiktirafan Bandar Mesra Usia yang bertujuan untuk mewujudkan pusat rujukan berimpak tinggi bagi penyelidikan berkaitan penuaan serta mendorong pengiktirafan bandar yang memenuhi ciri-ciri mesra usia, bagi memastikan perancangan pembangunan bandar mengambil kira keperluan warga emas;2.Memperkukuh kerjasama strategik secara Model Quadruple Helix dengan melibatkan kolaborasi erat antara sektor awam, swasta, akademia, masyarakat dan NGO dalam merangka, melaksana dan menilai inisiatif penuaan aktif yang menyeluruh, berpaksikan perkongsian pengetahuan dan sumber;3.Menyediakan infrastruktur dan perumahan yang selamat dan mesra warga emas yang memberi fokus kepada pembinaan dan penaiktarafan infrastruktur awam serta perumahan berasaskan prinsip universal design, penyediaan persekitaran yang inklusif, selamat dan responsif kepada keperluan warga emas, termasuk aspek transit dan mobiliti; dan4.Membangunkan kemudahan pusat penginapan/transit mesra warga emas yang menekankan penyediaan pusat transit, penjagaan atau penginapan sementara yang memenuhi piawaian mesra usia, bagi menyokong keperluan harian, keselamatan dan kesejahteraan warga emas di peringkat tempatan secara berpusat dan mudah diakses.119

